tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Selasa, 30 Jun 2009

Soalan: Apakah berjabat tangan yang dilakukan orang-orang sehabis šalat Asar dan Subuh itu merupakan keutamaan atau bukan?

Imam al-Nawawi rahimahullâh menjawab:

“Berjabat tangan itu disunnahkan di saat seseorang bertemu dengan orang lain. Adapun orang-orang yang mengkhususkan berjabat tangan sesudah mengerjakan šalat Asar dan Šubuh itu, bererti telah melakukan bid‘ah yang mubah (boleh dilakukan tanpa ada sangsinya). Pendapat yang lebih baik ialah (diterangkan) jika orang-orang itu sudah berkumpul sebelum šalat dimulai, jabat tangan yang mereka lakukan selesai salat itu hukumnya bid‘ah mubah seperti disebutkan tadi. Adapun jika mereka belum berkumpul ketika akan šalat, jabat tangan yang dilakukan sesudah šalat adalah sunnah hukumnya sebab saat itulah pertama kali bertemu.”

(Rujuk Fatâwâ al-Imâm al-Nawawi al-Musammâ al-Masâ’il al-Manšûrah, susunan murid Imam al-Nawawi iaitu Syeikh ‘Alauddin Ibnu al-Aththar, cf. 200 Fatwa Aktual An-Nawawi: Aqidah, Syari’ah, Akhlaq).

Berikut huraian al-Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki:

Sebahagian ‘ulama’ Hanafi dan Hambali berpendapat hukumnya adalah bid‘ah tercela kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., begitu juga dengan Salaf al-Soleh.

al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin menyatakan: “Sesungguhnya membiasakan budaya bersalaman selepas selesai šalat kadang-kadang membawa kepada pegangan yang salah yang sehingga menyatakan ia adalah sunnah sedangkan ia tidak.

Di dalam kitab al-Multaqit: “Makruh bersalaman selesai šalat kerana šahabat-šahabat Nabi s.a.w. tidak pernah melakukannya.”

al-‘Allamah al-Qori berkata: “Sesungguhnya bersalaman yang dituntut di dalam syara’ adalah ketika berlakunya pertemuan atau perjumpaan. Kadang-kadang kita melihat berlakunya pertemuan tanpa bersalaman, terus mereka bersembang, berbincang dan sebagainya dalam jangka masa yang lama. Kemudian apabila mereka šalat bersama, selepas itu baru bersalaman. Kalau begitu di manakah letaknya sunnah itu?

“Tetapi kalau seseorang itu memasuki masjid dalam keadaan jama‘ah sedang šalat, maka bersalaman selepas šalat itu adalah sunnah kerana dikira baru bertemu. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu menghulurkan tangan selepas šalat, maka tidak dianjurkan untuk menolak dari bersalam kerana ia merupakan adab yang perlu dijaga dan supaya si yang menghulurkan tangan tidak malu dan berkecil hati. Oleh itu, yang memulakan salam itu adalah makruh tetapi tidak kepada yang disalami.”

al-‘Allamah Basyiruddin al-Qannuji mengatakan…“begitu juga berjabat tangan dan berpelukan selepas selesai šalat hari raya adalah merupakan bid‘ah yang tercela serta bercanggah dengan syara’.”

Adapun ‘ulama’-'ulama’ seperti Imam Nawawi, ‘Izzuddin Bin Abdul al-Salam, Ibnu ‘Allan (al-Siddiqi? -pen.) dan lain-lain lagi berpendapat bahawa berjabat tangan selepas šalat tidak mengapa (bukan bid‘ah yang tercela) kerana hukum asalnya adalah sunnah. Apabila seseorang itu berjabat tangan melampaui batas yang dianjurkan (bukan sekadar ketika berlakunya pertemuan) bahkan itulah yang kerap terjadi, maka ia tidak terkeluar dari hukum berjabat tangan yang asal iaitu sunat. [Emphasis is mine.]

Di dalam Sahih Bukhari daripada hadith Jabir Bin Samurah r.a.: “Apabila Nabi s.a.w. selesai šalat, maka baginda akan berpaling dan menghadapkan wajahnya kepada kami“. Abu Juhaifah berkata: “Suatu ketika Nabi s.a.w. keluar menuju ke Bayha’, maka baginda berwudu’ kemudian šalat Zohor dua rakaat dan Asar dua rakaat. Kemudian orang ramai bangun lalu memegang tangan baginda dan mengusap-usapnya ke wajah mereka. Maka (tiba giliranku) aku pun memegang tangannya dan kuletakkan ke mukaku, lalu aku merasakan tangannya lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari kasturi.”

al-Muhib al-Tabari berkata: “Peristiwa ini berlaku adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan mengambil keberkatan dari kemuliannya yang merupakan tujuan yang sangat baik. Oleh itu, seorang ‘ulama’ yang bernama al-‘Allamah al-Nashiri menfatwakan: “Adalah sunat hukumnya berjabat tangan selepas šalat secara mutlaq walaupun telah berjabat tangan sebelumnya (šalat).”

(Rujuk Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Adab-Adab Bersalam, terj. Abu al-Harith Muhammad Khushairi Bin Hamdan Ar-Rantauwi).

WalLahu a‘lam.


0 comments:

 

Template by Maya