حدثنا أبو كريب وموسى بن حزام قالا حدثنا حسين بن علي عن زائدة عن ميسرة الأشجعي عن أبي حازم عن أبي هريرة رضي الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم استوصوا بالنساء فإن المرأة خلقت من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فإن ذهبت تقيمه كسرته وإن تركته لم يزل أعوج فاستوصوا بالنساء
Dari Abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda: "jagalah wanita dgn baik, kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk. bahagian yang paling bengkok adalah bahagian atas. sekiranya, kamu cuba utk meluruskannya, ia akan patah. tetapi kalau kamu biarkan, maka ia akan kekal bengkok. maka jagalah wanita dgn baik." (Hadith riwayat bukhari)
و حدثني حرملة بن يحيى أخبرنا ابن وهب أخبرني يونس عن ابن شهاب حدثني ابن المسيب عن أبي هريرة قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن المرأة كالضلع إذا ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها استمتعت بها وفيها عوج
و حدثنيه زهير بن حرب وعبد بن حميد كلاهما عن يعقوب بن إبراهيم بن سعد عن ابن أخي الزهري عن عمه بهذا الإسناد مثله سواء
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi kalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok." (hadith riwayat muslim)
Dlm hadith bukhari menyebut: خلقت من ضلع - "dicipta dari tulang rusuk"
Dlm bahasa arab, kalimah ini boleh boleh dianggap sbg majaz. kerana dlm alquran ada disebut spt berikut:
خُلِقَ الإنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ
"dicipta manusia dari `ajalin (terburu)..."
(Surah al-anbiyaa: ayat 37)
tentunya ia tidak memaksudkan zat manusia itu terburu cuma ia membawa maksud bahawa sifat behaviour manusia adalah terburu2.
berbalik kepada hadith itu tadi, ia merupakan riwayat bil makna (riwayat dgn makna) di mana ia merujuk sifat Hawa (kaum perempuan) spt tulang rusuk.
Kalau ikut dari segi anatomi tubuh manusia pun, kaum adam punya tulang rusuk sama spt tulang rusuk kaum hawa, takde kurang dan takde lebih kecuali dia x-men...
mungkin ada yg berkata disebut dlm alquran:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَةِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu..."
(surah an-nahl: ayat 72)
جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا -- Diciptakan pasangan kamu dari diri kamu
anfus bukanlah membawa maksud "tubuh badan" tetapi membawa maksud jenis atau species. maksudnya, penciptaan adam dan hawa adalah sama kejadian.
TINGGALKAN LINK YA!!!
KLIK KLIK YA
Selasa, 30 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan