tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 22 Jun 2009

Isteri..


sekadar perkongsian buat kawan2 tentang isteri dan sifatnya.


1.Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun
dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir
zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2.Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang
perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan
memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak
perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia
tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar
dengan keadaan itu.
Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah
hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan
juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

4.Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja
yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk
hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap,tindakannya, percakapannya selalu sahaja
menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba
salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi,
berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan.
Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua
bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun
demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang
dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa
bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah
berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan
bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka
atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi
apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya
lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah
rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa
sentiasa macam kucing dengan anjing.
Semoga muslimah yang bakal bergelar zaujah ataupun yang sudah bergelar zaujah tidak tergolong dalam golongan 'isteri fasik'..wallahua'alam...

0 comments:

 

Template by Maya