tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 22 Jun 2009

Ghibthah Atau Hasad Dengki..

Posted by SALWIYA ABDULLAH

Pernahkah anda berasa iri hati terhadap orang lain atas kelebihan yang dimiliki? Lantas apa yang terlintas dihati anda?

1. Anda bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan yang sama.

2. Anda mengharapkan kehancuran keatas orang tersebut.

Jika anda tergolong didalam gongan yang pertama. maka ini dinamakan ghibthah.
GHIBTHAH adalah sifat ingin meniru orang lain atas kejayaan yang dicapai tanpa disertai dengan iri atau kedengkian.Oleh kerana itu, kita tidak dilarang untuk mimiliki sifat ini kerana ia secara tidak langsung mendorong diri sendiri untuk terus berusaha dan berjaya seiring dengan kejayaan orang lain.

Telah berkata saidina Umar r.a :"Jadilah kamu semua orang yang pandai dalam ilmu keagamaan sebelum kamu sendiri dijadikan ketua atau pemimpin"

Dari Abdullah bin Mas'ud : Tidak boleh ada kedengkian dalam hati setiap muslim dan mukmin melainkan dalam dua perkara , yaitu: orang yang dikurniakan oleh ALLAH harta kemudian dia menggunakannya sepenuhnya untuk membela kebenaran dan orang yang dikurniakan ALLAH kebijaksanaan kemudian membuat keputusan dengan kebijaksanaan dalam semua aspek dan mengajarkannya(kebijaksanaan) kepada orang lain.

Jika anda didalam golongan yang kedua, awas! anda berada di zon yang sangat bahaya. Kerana dihati anda telah tumbuh sifat mazmumah yang dinamakan hasad dengki. Hasad dengki adalah sifat yang tercela, yang timbul atas dasar iri hati atas kejayaan atau nikmat yang dimiliki oleh orang lain dan berharap akan kebinasaannya.

Rasulullah SAW bersabda, yang artinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”.

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “ wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang hari dan shalat tahajud di malam harinya, tetapi selalu menyakiti tetangganya dengan lidahnya”. Jawab baginda Rasulullah SAW : “ Tidak ada kebaikan lagi baginya, ia adalah ahli neraka”.

0 comments:

 

Template by Maya