tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 25 Januari 2010

MAHU MURAH REZEKI



Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Sejujurnya saya pun dah lupa bila kali terakhir saya benar-benar bersedekah,huuu...teruk juga, tapi saya boleh ingat bila kali terakhir saya membeli-belah dengan dahsyatnya, seminggu yang lalu?;p

Saya terbaca artikel tentang Syed Mokhtar(jutawan melayu)dari suami. Wah, kagum betul saya...bayangkan bila dapat gaji pertama, separuh mak suruh bagi dekat jiran yang susah...erk, sangupkah saya?huu...mungkin sebab itu bila sudah kaya-raya pun dia masih tegar berkongsi kesenangannya.
Pernah Rasulullah saw ditanya,
"sedekah bagaimanakah yang lebih diterima?lalu Rasulullah menjawab: Iaitu hendaklah engkau bersedekah dan engkau dalam keadaan benar-benar kekurangan sangat mengharapkan untuk menjadi kaya dan sangat takut menjadi miskin, janganlah engkau melewatkan amalan yang baik itu sehingga apabila nafas sudah sampai di kerongkong , engkau berkata bahawa yang ini untuk si anu dan yang itu untuk si anu, padahal orang2 tadi sudah tidak miskin lagi"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setahu saya( yang kurang tahu ini), sedekah itu lebih afdal diberikan pada orang2 terdekat dahulu. Ahli keluarga yang susah, ataupun orang yang membantu kita sehari2 seperti orang gaji, pemandu dsb.
Dari Salman bin Amir r.a., dari Nabi saw., beliau bersabda,

“Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin dianggap satu pahala, sedangkan bersedekah kepada kerabat dianggap dua pahala; satu pahala sedekah dan satu pahala menyambung silaturahim.”

(H.R. Nasai)

Haritu saya berangan dan usya beg LV dan segala designer , tapi tiba-tiba terdetik juga di hati saya, saya tidak akan pernah rasa 'cukup' jika sentiasa mengejar benda2 begitu. Beg itu mahal beribu, cantik dan berkualiti, tapi ia cuma seketul beg. Orang yang paaaaliiinng bertuah dan bijak ialah yang rasa cukup dan puas dengan barang paling murah(tapi cukup untuk fungsinya). Itu cita-cita saya, waah, mampukah...

"
Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?"
-Syed Mokhtar

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :

" Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

1 comments:

Ibuhani berkata...

yelah.....kdg2 kita dilupakan dgn kemewahan dunia yg sebenarnya patut dikongsi dgn yg lain.....tq atas peringatan ini :)

 

Template by Maya