tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Ahad, 26 Julai 2009

Binaan Taman Mini.




Alternatif bagi membuat kolam hiasan tetapi kurang kos,masa dan tenaga.


Keluasan taman terhad kadangkala membantut usaha mencipta kelainan. Binaan taman mimi antara langkah mengatasi,sekali gus mengubah suasana laman menjadi semula jadi dan terancang. Ada cara mudah mendapatkan imej taman air mini menarik dalam pasu atau bekas penanaman yang sesuai untuk tanaman air.

Ia antara alternatif bagi pemilik kediaman membina kolam hiasan tetapi kurang mampu dari sudut kos, masa dan tenaga. Ruang seperti balkoni, dek, patio antara lokasi yang sesuai untuk membina taman air.Malah lebih mudah menjaga tanaman akuatik yang ditanam di pasu atau mangkuk besar berbanding dalam kolam.

Antara kelebihan taman mini air ialah mudah dialihkan bagi mencipta suasana berbeza dan mencuri tumpuan. Kawan-kawan hanya perlu menggunakan pasu atau bekas cetek supaya lebih stabil dan luas permukaannya bagi membolehkan lebih banyak ruang untuk tumbuhan hidup selesa.

Pilihan pasu dengan permukaan dalamnya berwarna gelap seperti biru tua, coklat, hijau tua.
Taman mini sesuai dengan tumbuhan akuatik dengan dominasi tiga perempat keluasaan permukaan air.
Langkah itu dapat melindungi air daripada sejatan kerana pancaran matahari dan tumbuhan berkenaan mampu mengurangkan kesan kehadiran alga yang banyak.
Jika meletakkan pasu taman mini dibawah pancaran matahari,ia menyebabkan air mudah panas.
Sebahagian tumbuhan air boleh bertahan dengan suhu itu namun haiwan akuatik seperti ikan hiasan alah dengan keadaan itu.

0 comments:

 

Template by Maya