tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 4 Jun 2009

Pesanan Ketika Azan.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita 
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
 
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik

mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "
Hendaklah kamu mendiamkan diri
 
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
 
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
 
mendiamkan
 
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai
 
orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
 
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
 
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
 
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
 
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal h ampir tiba maka
 
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
 
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All! ah
 
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
 
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
 
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
 
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
 
mengucap kali mah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri

kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Jujur dalam berkata-kata.
 
2) Menjauhi segala yg haram.
 
3) Merendahkan diri.
 


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Merahsiakan ibadahnya..
 
2) Merahsiakan sedekahnya.
 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Takut berlaku dusta dan keji.
 
2) Menjauhi kejahatan.
 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
 
1) Mengawasi dirinya.
 
2) Menghisab dirinya.
 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
 
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
 
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
 
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi
 
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
 
memasukinya.
 
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
 
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
 
berfikir 2 atau 3 kali.............

**sama2 renungkan~:)

0 comments:

 

Template by Maya