tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Khamis, 18 Jun 2009

~Jadikanlah Perjuanganku Untuk-Mu ~

Ya Allah jadikanlah ibadahku mendekatkan aku kepada-Mu

Jadikanlah ibadahku memusnahkan mazmumahku

Menjadikan Engkau redha padaku

Janganlah jadikan ibadahku derhaka di dalam taat, ibadah itu akan melaknat

Janganlah jadikan ibadahku menyuburkan mazmumah

Tuhan! Jadikanlah perjuanganku untuk-Mu

Janganlah jadikan perjuangan itu untukku

Ia adalah satu bala bencana

Ya Rahman! Ya Rahim! Jadikanlah ilmuku penyuluh hati

Agar nampak segala mazmumah, supaya dapat dimusnah

Janganlah Engkau jadikan orang mendapat manfaat tapi aku dilaknat

Ya Hannan! Ya Mannan!

Jadikanlah dakwahku orang sedar, lahir ukhwah, masyarakat bersatu-padu

Janganlah lahir dari lidahku seperti panah

Yang mengharu-birukan dan memecah-belah serta menjadi fitnah kepada hamba-hamba Allah

Ya Allah Tuhanku!

Jadikanlah seluruh kebajikan dan khidmatku sebagai ibadah

Janganlah Engkau jadikan ibadahku untuk bermegah-megah

Ia akan jadi sebagai habuk-habuk yang berterbangan yang tidak memberi faedah

Tuhan! Aku berlindung dengan-Mu daripada apa yang telah aku sebutkan

Akhir sekali selamatkan aku Tuhan daripada segala tipu daya nafsu dan syaitan


Selepas Zuhur.

0 comments:

 

Template by Maya