tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 26 Jun 2009

Al-Quran terbesar




KAABAH

KAABAH adalah bangunan paling mulia dalam Masjidil Haram, menjadi kiblat seluruh kaum muslimin di dalam solat mereka. Kaabah adalah rumah ibadat pertama yang dibina di muka bumi.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk manusia adalah yang terdapat di Bakkah, yang penuh keberkatan sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda kekuasaan Allah, Maqam Ibrahim, barang siapa yang memasukinya ia dijamin keamanannya." Bangunan Kaabah dibina daripada batu batan yang diambil daripada lima gunung iaitu Gunung Lubnan, Tur Zalta, Tun Sina, Judi dan Hira'.

Menurut sebahagian ulama, sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, Kaabah dibina sebanyak tiga kali iaitu oleh malaikat, Nabi Adam dan Nabi Shith. Kaabah hasil binaan Nabi Shith kekal beribu tahun lamanya sehinggalah banjir besar pada zaman Nabi Nuh memusnahkannya.

Menurut Al-Nawawiyy, Kaabah dibina sebanyak lima kali, pertama oleh malaikat atau Nabi Adam atau Shith bin Adam seperti yang di sebut al-Suhailyy, kedua binaan Nabi Ibrahim, ketiga binaan Quraisy, keempat binaan Ibn Zubair dan terakhir binaan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqaflyy. Struktur binaan terakhir inilah yang ada hingga ke hari ini.

Namun, binaan Kaabah sebenarnya pernah mengalami pembaikan besar pada zaman Sultan Murad Keempat daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Pada tanggal 19 Syaaban 1039 Hijrah, berlaku banjir besar yang menyebabkan seramai lebih daripada 1,000 jemaah terkorban. Pembaikan itu siap pada Ramadan tahun berikutnya.

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami dua kali pembaikan iaitu ketika pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 Hijrah/1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah. Baginda memerintahkan supaya pembaikan dilakukan.

Kedua, pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak zaman Sultan Murad IV. Lantaran, pada 1417 Hijrah/1996 Masihi baginda memerintah pembaikan dilaksanakan.

Kaabah mendapat perhatian pemerintah Islam sepanjang zaman kerana pembinaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Ini dipaparkan dalam doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika mereka membina Kaabah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (Ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara dan tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Baqarah, ayat 127-129)

Justeru, pengunjung Makkah perlu memelihara diri, tingkah laku, pekerjaan syirik dan dosa kerana Kaabah dibina untuk menafikan syirik dan mendirikan ibadat semata-mata kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah), ketika kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan menyatakan): "Janganlah kamu mempersarikatkan (menduakan) sesuatu pun dengan aku dan sucikanlah rumah-Ku. Ini bagi orang yang tawaf, dan orang yang beribadat dan yang rukuk serta sujud." (Surah al-Hajj, ayat 26)

Ketinggian binaan Kaabah adalah 14 meter, manakala panjangnya Hajarul Aswad ke Rukun Iraqi adalah 12.84 meter. Ukuran dari Rukun Iraqi ke Rukun Syami adalah 11.28 meter. Ukuran di antara Rukun Syami dan Rukun Yamani adalah 12.11 meter, manakala ukuran panjang antara Rukun Yamani hingga ke Hajarul Aswad adalah 11.52 meter.

Terdapat pelbagai nama dan panggilan yang merujuk kepada Kaabah. Kepelbagaian nama itu menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Kaabah. Antaranya:

l Al-Bait – yang bermaksud rumah.

l Baitullah – yang bermaksud rumah Allah.

l Al-Bait al-Haram – yang bermaksud rumah yang mulia.

l Al-Bait al-Atiq – yang bermaksud rumah lama yang mulia.

l Al-Qiblah – yang bermaksud kiblat.

Keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al-Tabrani meriwayatkan di dalam Al Mu`jam Al Kabir dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah setiap hari, 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya."

Namun, terdapat beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihan dimilikinya.

l Hajarul Aswad – sepotong batu berasal dari syurga. Warna asalnya lebih putih daripada putih susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya.

Pelbagai peristiwa sejarah dilalui Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini, yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

l Rukun Yamani – penjuru Kaabah yang berbetulan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang sedang tawaf. Ia salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.

l Hijir Ismail – pada asalnya termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan daripada Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

.l Multazam – kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa.

Menurut sebahagian riwayat, orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

l Mizab – pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air daripada bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijir Ismail. Menurut sebahagian pendapat, di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab doa.

l Syazarwan – jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya kira-kira dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.

l Kiswah – kelambu atau tutupan yang diletakkan di atas Kaabah. Diriwayatkan, orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah tubba' al-Himyariyy As'ad Abi Karb. Rasulullah sendiri mengkiswahkan Kaabah begitulah dilakukan khulafa dan pemerintah Islam dari dulu hingga kini.

Kini, kiswah Kaabah dibuat di sebuah kilang khas di Makkah. Ia mula dibuat kilang pada 1346 hingga 1357 Hijrah. Kemudian terhenti seketika dan kiswah diperbuat di Mesir. Ia beroperasi semula pada 1382 Hijrah. Pada 1397 Hijrah /1977 Masihi, sebuah kilang baru untuk kiswah dibina di Umm al Jud dan beroperasi hingga hari ini.

Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya setelah siap ditenun adalah 658 meter persegi. Kos pembuatannya sebanyak 17 juta riyal Arab Saudi yang dibelanjakan setiap tahun. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wukuf) setiap tahun.

l Maqam Ibrahim - batu yang terdapat kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu kini diikat dengan perak dan diletakkan dalam sebuah tempat diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan.

Menunaikan solat di sisi Maqam Ibrahim mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Maqam Ibrahim sebagai tempat solat." (Surah al-Baqarah, ayat 125)

l Telaga Zamzam – terdapat di hadapan Kaabah di kawasan antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ibrahim dan ada riwayat menyatakan ia terbit hasil daripada pukulan sayap Jibrail.

Kelebihan air daripada telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW. Ia adalah air yang terbaik di atas muka bumi dan meminumnya boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah.

Demikianlah sorotan sejarah Tanah Haram dan kelebihan Masjidil Haram. Jemaah Haji mahupun Umrah hendaklah menginsafi kemuliaan Tanah Haram. Mereka sewajarnya memelihara adab dan perilaku sebagai tetamu Allah sepanjang berada di Tanah Haram. Semoga jemaah dapat menghayati, mendalami makna dan tujuan menunaikan haji dan umrah.


12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:-



Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin
,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.*

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."


Ucapan Laillahaillallah.........

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

" kita tak pernah tahu apa yg akan kita temui dalam hidup ini sehinggalah ia datang dan kekal di dalam hati....."



Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka..

Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah,

kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".

Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.

Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Setakat mana Kebenarannya Allah sahaja yg tahu..

 

Template by Maya