tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Sabtu, 25 April 2009

Memori....

Kenangan dulu-dulu
kat Bukit Bendera Penang....sampai jgk kat sini...

iman.....

Alia...

Arif ......
Tiqah....

Angah .....

Along...


Bergaya betul anak bujang sorang ni...


Jom jalan-jalan cari makan...


ni masa berkelah kat Batu Hitam Cerating...




nak g mana tu...



aaaaaah buat pe tu! iman ada lima kasut je...nak lagi,nak lagi wah-wah relex aja cuba la tolong ibu kemas umah...

Lenanya tido sayang ibu ni...

















Orkid oh! Orkid



Orkid bunga kesayangan ku....harga mahal,tapi senang nak bela...

Set Penyeri Kejora.



 Remellon...
 
 
DARI HATI
 
     MENYINARI WAJAH
 
        Gabungan surah-surah dan doa-doa pilihan untuk penyeri
   
 
 
SET PENYERI NO:1 DI MALAYSIA
 
 
PENYERI
Cantik tanpa penyeri kurang menarik,
Kurang cantik tetapi ada penyeri
Tak jemu mata memandang,
 
 
Remellon telah mencetuskan produk pertama di pasaran mengabungkan surah-surah dan doa-doa pilihan untuk penyeri dan pihak kami sentiasa bersembahyang malam  dan bermunajat supaya dapat membantu masalah kasih sayang atau sebarang masalah yang dihadapi dengan niat anda. Set Penyeri Kejora boleh digunakan sebagai kosmetik biasa atau naik seri.
 
 
Set Penyeri Kejora (Set Pencerah)
 
 
 
 
Price : RM 156.00 (Set Besar)
 
 
Boleh juga didapati dalam bentuk (PERCUBAAN)  iaitu SET PENCERAHAN
 
PRICE : RM85.00
 
 
Set Penyeri Kejora
 
Terdapat 5 jenis barangan yang ada untuk melengkapkan set ini.
 
Set lengkap ini adalah ramuan terbaik dari kami REMELLON untuk wanita dan para gadis yang ingin menjaga kulit muka dan leher.
 
Anda boleh membeli satu set barangan ini atau pun satu persatu.
 
Produk ini hanya sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat, masalh iritasi atau sensitif kulit
 
 

Remellon Gel Pembersih 100ml

Price:Rm20.80

 

Mengandungi vitamin C. Membersih kulit dengan lebih mendalam dan juga agen mencerahkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

 
 

Remellon Krim Kejora 20gm @Krim Malam

Price:RM38.80 (Besar)

Price:RM19.80(Kecil)

Renewal Cream

  
 

Remellon Krim Penyeri 20gm ( UV Cream )

Price:Rm38.80(Besar)

Price:Rm19.80(Kecil)

 
 

R Toner

Price:Rm28.80

 

Membantu mengelakkan jerawat, pigmentasi, Jeragat dan parut serta menstalbilkan kesimbangan pH pada kulit wajah anda.

 
 
 

Remellon Penyegar Embun Sari

100ml

Price:Rm28.80

 

Membersih juga bertindak mengecilkan pori-pori terbuka serta memberi kesegaran, mengimbangi pH dan kelembapan kulit.

 
 
Tips Menaikkan Seri Wajah Kejora
 
  • Mulai dengan bacaan Bismillah dan selawat 3X 
  • Berniat untuk membuang kekotoran dan perkara-perkara Yang negatif sambil mencuci dengan ‘Gel Pembersih’
  • Siang – Sapukan ‘Penyegar Embun Sari’, oleskan ‘Krim Penyeri’ dengan jari manis Dari pipi kanan, dahi, hidung, dagu, dan pipi kiri dengan niat untuk menaikkan seri dengan tujuan Yang dikehendaki.
 
 
 
Tips untuk jodoh/kasih sayang
 
 
SET PENYERI KEJORA selain dibuat untuk penjagaan wajah ia juga boleh dibuat untuk mandi naik seri.
 
Masukkan sedikit gel pembersih dan penyegar embun sari di baldi untuk bilasan terakhir, mulai dengan bacaan Bismillahhirahmannirrahim, Al-Fatihah 1x, Al-Insyirah (Alamnashrah…) 7x, Ayatul Kursi 1x, Selawat nabi, dengan niat supaya sekelian anak adam nampak anda berseri atau yang tersayang dengan tujuan yang anda kehendaki. Sangat elok digunakan bersama dengan tips naik SERI WAJAH KEJORA. Sesungguhnya kita berusaha, Tuhan yang menentukan. Wallaahhuallam. Amalkan setiap hari tanpa jemu sehingga bertemu jodoh. 

Jumaat, 24 April 2009

Makan Dan Minum Menggunakan Tangan Kiri..

apa hukumnya kita makan dan minum menggunakan tangan kiri,dan saya telah menjawab seperti berikut berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu Umar ra :

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
(HR Imam Muslim : 2020)

Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri” 
(HR Imam Muslim : 2019)

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada larangan daripada makan dan minum dengan tangan kiri.Apa yang dimaklumi ialah , Rasulullah saw melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri adalah kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan , yang mana Islam menyuruh kita sentiasa menganggap syaitan itu adalah musuh nyata bagi umat Islam.Oleh yang demikian , mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Hadith diatas juga menerangkan bahawa syaitan minum/makan dengan menggunakan tangan kiri.Jika kita amalkan perbuatan seperti tersebut seolah-olah kita telah menjadikan syaitan itu sebagai kawan/idola kita..Naauzubillah

Allah swt berfirman

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu".(Az Zukhruf 62.)

Persoalannya..

"Macam mana nak gunakan tangan kanan sekiranya penuh dengan sisa makanan di tangan/jari.

Jawapan:Apa salahnya,jika kita sisipkan makanan tersebut ataupun kita boleh jilat jari kita tersebut,tak salahkan sisa makanan yang ada di tangan/jari itu merupakan bekas makanan kita juga,jadi tidak timbul soal lagi soal jijik atau tidak.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan''

Tips Melahirkan Anak Cemerlang.

Untuk memastikan bahawa anak kita nanti akan menjadi anak yang baik dan cemerlang….maka ;

  • 1. Ianya bermula sejak dari awal lagi iaitu bermula dengan cara kita memilih siapa emak bagi anak kita itu. Maksudnya, ia bermula dari bagaimana kita memilih bakal isteri kita. Bagaimana proses pernikahan. Nabi ada berpesan, kita mesti pilih ‘tempat’ nak letak ‘benih’ kita dengan betul. Buatlah pilihan dengan betul seperti yang diajar oleh syariat. Kerana anak kita tu nanti akan wewarisi banyak sifat2 dari sebelah ibunya. Jangan kita memilih jodoh ikut nafsu semata-mata. Jangan main tangkap muat dan main *sembat jer. Nampak awek cantik kat pasar, nampak awek seksi kat konsert, kita pi ngorat dan jadikan isteri. Kalau begitulah cara kita membuat pilihan isteri, maka ianya tidak menepati kehendak syariat. Ingat, tips pertama untuk dapat anak yang baik dan cemerlang ialah…bermula dari pemilihan jodoh. Pilihlah wanita yang soleh dan kuat pegangan agamanya. 
    • 2. Tips kedua ialah…SIKAP kita bila dapat anak. Ustaz dalam forum tu kata, kita kena berasa suka dan gembira apabila mendapat anak. Kita ni biasanya hanya akan suka bila dapat anak sulung jer. Tapi bile masuk yang kedua, ketiga dan seterusnya dah kurang gembira. Apatah lagi bila dapat anak yang tak dirancang. Maksudnya, kita tak rancang untuk dapat anak, tup2 tersangkut. Maka tatkala itu, kita cenderung untuk tidak bersyukur dan tidak gembira. Ini sikap yang salah. Kita sepatutnya kena jadi gembira dan WAJIB SYUKUR atas kurniaan ALLAH. Ramai orang diluar sana yang nak anak, tapi tak dapat2. Macam2 usaha yang dibuat, tapi tak juga berjaya. Ada kawan saya sanggup berhabisan duit ringgit sehingga melebihi RM20 ribu sebab jumpa doktor pakar, pun masih belum dapat anak hingga kini. Jadi, kenapa kita kurang gembira dan tak bersyukur dengan pemberian ALLAH pada kita??? Kita kena tiru macam nabi Ibrahim, Nabi Ibarahim apabila dia dapat berita dari malaikat, kata dia akan dapat anak….dia ucapkan “salam…salam”…dia sangat gemira.

    Salah seorang panel dalam forum al-Muqorrobin itu ialah Ustaz Rujhan. Ustaz Rujhan kata….

    • 3. Kita kena renung firman ALLAH Ta’aala yang lebih kurang bermaksud,“Wahai orang2 beriman, jagalah dan peliharalah DIRI kamu dan AHLI KELUARGA kamu daripada azab bakaran API NERAKA”! Cuba selami dan fahami arahan ALLAH Ta’ala ini. Jadikan ia sebagai motto hidup kita.

    Kita ni apabila cerita tentang syurga neraka, ada yang masih kurang yakin. Malah ada yang anggap cerita tentang syurga neraka tu macam hanya cerita mitos.

    Ustaz Rujhan kata, anak2 adalah bayangan kepada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang tak lurus, tak betul, maka anak2 akan turut jadi tak lurus, bengkok dan tak betul. Produk yang terhasil adalah dari bagaimana bentuk acuannya. Mana mungkin ketam yang berjalan bengkok, bisa membuatkan anaknya berjalan lurus. Justeru, IBU dan AYAH kena jadi LURUS dulu. Maksudnya, ibu ayah kena perbetulkan diri dulu, kena jadi baik dulu. Barulah anak akan ikut jadi baik.

    • 4. Ustaz Rujhan menyeru supaya kita ingat dan ikut 2 pesan yang telah ditinggalkan oleh Imam al-Ghazali. 2 pesan Imam Ghazali ini perlu dititikberattkan oleh setiap orang. Semua orang kena buat. Kalau tak, jangan harap nak dapat anak yang bagus dan cemerlang.

    (Pesanan No 1)  JAGA & BETULKAN SOLAT
    Solat adalah tanggungjawab kepada kita…dan ia juga menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan anak kita jaga solat mereka.
    Ramai ayah kakisurau tapi anak? kaki lumba…semayang entah kemana.

    (Pesanan No 2) JAGA SOAL MAKAN MINUM
    Menjadi tanggungjawab suami/bapa memastikan makan minum adalah semuanya HALAL. Memastikan yang HALAL tu WAJIB. Itu satu hal. Lagi satu hal ialah, ibu2 atau isteri dinasihatkan agar memasak makanan untuk anak2/suami. Sebab air tangan ibu/isteri itu memberikan keberkatan. Kalau boleh, masa masak tu bacalah doa dan banyakkan berzikir.

    • 5. Tips yang kelima ialah, KASIH SAYANG. Salah seorang panel dalam forum itu berkata, kebanyakan masalah anak2 muda sekarang ini adalah berpunca daripada kurangnya KASIH SAYANG. Ustaz berpesan, kita kena ingat bahawa, teras kebahagian ialah kasih dan sayang
 

Template by Maya