tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Ahad, 28 Februari 2010

GIVEAWAY FROM NEW ZEALAND



Mereka yang bertuah akan menerima ketiga-tiga souvenir di bawah:




hadiah menarik dari NIDA,sempena harilahirnya...
selamat hari lahir,muga bahagia selalu....
tarikh tamatnya tak pasti lg...
yang nak join klik SINI,

Amb00yats' Give4way


nak join giveaway lg ni,kali ni kat blog AMBOOYATS pulak...sempena pembukaan Amb00yats'

hadiah boleh tahan...

Hadiah Utama menanti pemenang bertuah
+++ 2 Hadiah Istimewa

nak join? kat SINI

berakhir 31 mac 2010

JOM JOIN CONTEST(contest meneka perkataan terbalik)

cuba teka perkataan apa kat bawah tu:


˙ɹǝqɯnls ɹɐıq dnpıɥ˙looɔ & ʇɹɐɯs˙0102 ɹǝqɯǝʇdǝs 12 ɐpɐd 0102 ɹsdn ɯɐlɐp ɐʎɐɾɹǝq uɐɯıɐ uɐʞɐop ƃuoloʇ ˙˙ɥǝʎ uɐɯıɐ ƃolq ʍolloɟ˙ɐnɯǝs ǝʎɥ˙uɐɐʎɐɾǝʞ ʞɐɔund ǝʞ ƃuɐʇuıq ıɐdɐƃƃuǝɯ ɯɐlɐp˙qǝq looɔ¡ʇɹɐɯs¡ʇɐʎsɐp¡dɐʇuɐɯ¡ʇɐqǝɥ¡ʎpɐǝʇs ˙˙lıɔǝʞ ʞɐpnq ƃuɐɹoǝs uɐdnpıɥǝʞ uɐuɐlɐɾɹǝd

perkataannya

perjalanan kehidupan seorang budak kecil..steady!hebat!mantap!dasyat!smart!cool beb. dalam menggapai bintang ke puncak kejayaan. hye semua.follow blog aiman yeh.. tolong doakan aiman berjaya dalam upsr 2010 pada 21 september 2010. smart &cool.hidup biar slumber.

Salam semua meh join Contest ni kat blog AIMAN
tarikh tutup 10 mac 2010

EARTH HOUR MALAYSIA 2010

BannerFans.com
Jom join Kempen Earth Hour Malaysia 2010 anjuran

http://blogjoging.blogspot.com/2010/02/earth-hour-malaysia-2010.html

utk suma blogger. So, hebah2 laa kat kengkawan.
Amek banner nih... gantung kat blog korang.
suma blogger yang join, tutup lampu + PC@laptop + modem korang selama sejam.
Atleast ada gak sumbangan dari bloggers.

MENGURUS ANAK YANG NAKAL....


MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.

Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.
"Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka.

"Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?

"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.


Sumber: blog imanhamizah
Maksudnya :
"Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)
Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.

Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.

Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.

"Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan.

"Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.

"Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.

"Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.

Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.

Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.

"Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.

"Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya.

"Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.

DOA DISIPLINKAN ANAK
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya:
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”


kedit tuk ARTICLES 4U
 

Template by Maya