tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 6 Februari 2009

Meningkatkan kekuatan akal menurut pandangan tabib-tabib islam


Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka?

Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah.
Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan. Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
• 1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
• 2. Makan buah badam.
• 3. Makan daging kambing.
• 4. Halwa halia.
• 5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
• 6. Makan buah limau.

LARANGAN
Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantangan yang boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
• 1. Mengelakkan minum yang terdapat semut di dalamnya.
• 2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
• 3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
• 4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
• 5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan di
pertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

MAKANAN YANG LEBIH BAIK MENURUT ISLAM

Makanan yang lebih baik menurut Islam ialah yang halal,bersih dan lazat serta hasil dari titik peluh sendiri.Sabda Rasulullah: Tidak makan oleh seseorang akan makanan yang lebih baik dari bahawa ia makan dari hasil usaha tangannya sendiri dan sesungguhnya Nabi Allah Daud adalah makan dari kerja tangannya.Riwayat Bukhari.
Berdasarkan hadis tersebut kita digalakkan berusaha menghasilkan sesuatu untuk dijadikan makanan dan sara hidup dibidang pertanian,perniagaan,pertukangan, ternakan dan sumber-sumber lain yang halal .

ORANG MISKIN MASUK SYURGA LEBIH DAHULU DARI ORANG KAYA

Sabda Rasulullah: Orang-orang miskin masuk syurga sebelum daripada orang-orang kaya lima ratus tahun,iaitu separuh hari. Riwayat Tarmizi.(1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun) Sabda Rasulullah: Wahai tuhan!Hidupkan akan daku dalam keadaan miskin dan matikanlah akan daku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah akan daku dalam kumpulan orang-orang miskin pada hari kiamat. Riwayat Tarmizi.

Sabda Rasulullah: Saya perhatikan dalam syurga,maka saya dapati kebanyakan penghuninya ialah golongan orang miskin dan saya perhatikan dalam neraka,lalu saya dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum wanita. Riwayat Bukhari. Islam tidak menggalakkan umatnya supaya menjadi miskin sebaliknya menggalakkan umatnya menjadi terus berusaha agar memiliki harta, dan dengan itu dapat menunaikan zakat dan mengerjakan haji .

Tetapi Islam tidak menggalakkan umatnya mengumpul harta untuk menjadi kaya yang kedekut melaksanakan ibadat,berjihad dengan harta untuk jalan Allah,melupakan tanggungjawab pada agama dan masyarakat,melupakan bahawa harta adalah amanah Allah,berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk harta kekayaan kepada masyarakat,berbelanja berlebihan dan boros dan sebagainya.

Mereka yang berharta tetapi sentiasa berusaha untuk membelanjakan harta ke jalan Allah dan dapat merasakan apa yang dimilikinya adalah milik Allah,adalah yang terlebih baik. Simiskin lebih mudah masuk syurga kerana tidak ada perhitungan yang panjang tentang harta di hadapan Allah kerana ia tidak berharta,ia tidak dapat menunjuk dan bermegah dengan hartanya kerana ia tiada berharta,ia mempunyai banyak masa beribadat kepada Allah kerana tidak ada urusan atau berbimbang dengan harta dan sebagainya. Sebaiknya berusahalah mencari kekayaan untuk menunaikan ibadat zakat,mengerjakan haji,berjihad dengan harta di jalan Allah,membantu anak yatim dan miskin dan sebagainya.


BERJABAT SALAM MENGHAPUS DOSA
Sabda Rasulullah: Apabila berjabat salam oleh dua orang Islam,tidak berpisah tapak tangan kedua-duanya sehingga diampunkan bagi kedua-duanya. Riwayat Tabrani.

Zikir harian.

Ada ulama yang membahagikan masa yang tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari.Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal
batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya.

Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. Diantaranya:

Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X )
Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

• 1. bertaubat
• 2. menyesali dosa yang dilakukan
• 3. tidak tergila-gilakan dunia
• 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
• 5. tinggalkan sifat berbangga
• 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
• 7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku rukun dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Solat tahajjud dari sudut perubatan.



SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :

" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."


Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow


Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia.

Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

Uniknya perempuan






KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh
dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon


* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta
isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang
lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN


* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan
perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang
terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya
kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan
yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi
suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN


* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan
yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti
isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak
menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi
memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN


* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana
sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis
Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang
bertanya:"Kenapa ya Rasulllah
?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa
dan doa dari orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN


* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani
apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling
dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki
yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada
pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah
swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.

Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya
datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya
ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga
dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya,
semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan :
semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada
suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Sifat wanita dan lelaki yang perlu diketahui


Lima sifat wanita yang disukai lelaki :
1.Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
2.Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
3.Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
4.Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
5.Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

1.Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
2.Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
3.Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
4.Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
5.Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari
 

Template by Maya