tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 6 Februari 2009

wanita solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Posted by imtiyaz at 9:16 AM
0 comments:
Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
glitter-graphics.com


deMi mAsA...

MutiARa K@TA
Jika kau rasa kecewa, pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun seribu batu menghalang, jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar Allah sentiasa bersamamu...

SaHabAt Oh SaHabAt

Sahabat,dirimu kuhormati kusayangi,kasihku padamu kerana Ilahi,jatuh duduk dirimu,inginku bantu berdiri semula,namun kenyataan hanya doa kukirimkan...Sahabat,dunia mengasyikkan,mengaburi mata.sayu hati mengingatkan diri..Sahabat,jika benar katamu,diri telah lemas,maka carilah pelampung ma'rifat,agar timbul keinsafan..Sahabat,biar dirimu dihina dicaci dibenci, tidakkah kau merasakan cukup Allah bagimu? Sahabat,bangunlah,lontarkan dirimu dalam mardhatillah, jangan takut..Innallahama'ana!
AhLaN waSaHLaN

imtiyaz
Seorang yg tak mudah putus asa..even dari luar..muka tuh dah nmpak kecewa giler..tapi takkan putus asa..akan berusaha dapatkan aper yg nak..smpai dapat..tak kira aper cara sekalipun....tapi still dgn cara HALAL..=p

Seindah-indah hiasan ialah wanita solehah

Hawa,

Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan, walau secebis oleh kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan dunia melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya? kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? dan kenapa masih tak mahu menutup aurat, wahai Hawa?…

Wahai Hawa,

Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa…Jangan!!! Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah tetapi pada masa yang sama memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa akan janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengandaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubumu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman…maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan… dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta kerana ia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu keran kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.

Hawa,

AKAL wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu yang bermanfaat… HATInya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan pancaran Nur Iman… PERASAANnya selembut sutera, suburkanlah ia dengan ketegasan demi maruahnya… PERIBADInya lemah bak lalang ditiup angin, hiasilah ia dengan akhlak terpuji…

Doa selepas solat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam...
Pujian yang melengkapi nikmatNya dan pujian yang menambahkan kelebihanNya...
Wahai Tuhan kami bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu...

Ya Allah!
Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu
syukur kepadaMu dan
elok ibadah kepadaMu

Ya Allah!
Aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan
Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan
Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil
Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia

Ya Allah Ya Tuhan kami
Sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami
KepadaMu lah kami pertaruh agama kami
Ahli keluarga kami
Harta-harta kami
Ya Allah!
Jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa

Ya Allah!
Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga...
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Tuhan Kami
kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat
dan pelihara kami daripada azab api neraka
Rahmat Allah ke atas penghulu kita,
Nabi Muhammad SAW
ke atas keluarga dan para sahabat semuanya
Maha Suci Tuhanku,
Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan
Dan kesejahteraan ke atas segala Rasul
Dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.

Amin Ya Rabbal'alamin....

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Rasulullah SAW bersaba: "Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu,yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah SWT maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu"



Dari Umar Bin Khaththab r.a.
“Kemuliaan seseorang di dunia adalah dengan harta benda, sedangkan kemuliaan seseorang di akhirat adalah dengan amal shalih.”



Dari Ustman bin Affan r.a.
“Kerisauan dalam urusan duniawi adalah kegelapan hati, sedangkan kerisauan dalam urusan akhirat adalah cahaya di hati.”

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali:
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjad hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Bumi Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali:
1. Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan kembalimu didalam perutku.
2. Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku.
3.Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan menangis didalam perutku.
4. Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan berduka didalam perutku.
5. Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka akan tersiksa didalam perutku.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'


Doa
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Ya Allah...
limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan...
serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan...
Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan...
demi kemurahan Mu...
wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan...

Ya Allah...
ampunilah segala dosaku ...
dan jauhkanlah aku dari azab seksa api nerakaMu...
san azab seksa di alam baqa serta jauhkanlah dari seksanya ketika sakaratulmaut...

Ya Allah,
sesungguhnya Engkau adalah zat yang menghimpunkan manusia pada hari Qiamat...
Sesungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji...
Ya Allah...
himpunkanlah apa yang ku inginkan ...
(sebutkan keinginan-keinginan tersebut)...
kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...

Ya Allah...
tambahkanlah kepadaku ilmu...
dan berikanlah aku faham dengan pengertian yang baik...

Ya Allah...
aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian tubuh dan kekayaan jiwa...

Ya Allah...
matikanlah aku dengan mati yang baik (mampu mengucap kalimah syahadah)...
dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk dan keji (mati tidak beriman)

Ya Allah...
tetapkanlah lami dalan agama Islam...
dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada sengaja ataupun tidak...
dan peliharalah iman kami...

Amin Ya Rabbal 'alamin...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH

15 pintu syaitan yang ada dalam diri kita

15 PINTU SYAITAN YANG ADA DIDALAM DIRI KITA

- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"





15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi





Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Khamis, 5 Februari 2009

sepatah dua kata


Blog ini ibarat 'scrap book' saya yang mengumpulkan koleksi artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan kesihatan, perkahwinan, pedoman agama dan artikel2 lain. Artikel di sini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi.Oleh itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami. Maklumat kesihatan di dalam blog ini juga semata-mata bertujuan menyampaikan maklumat kepada orang awam dan bukannya hendak menggantikan perkhidmatan daripada profesional perubatan.
 

Template by Maya