tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 22 Februari 2010

WASIAT IMAM SYAFIE

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama :
Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :
Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat :

Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima :
Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal PadaHari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam :
Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi NerakaPada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

Ketujuh :
Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat

Kesembilan :
Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

0 comments:

 

Template by Maya