tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Ahad, 26 Julai 2009

saya sambung lagi tentang 15 tanda kematian mulia....yang ke,
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
"Rasulullah bersabda,maksudnya, "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad).
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan /tanah.
Dalil dari dua perkara diatas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud, " Kalangan syuhadah itu ada lima; orang mati kerana wabak kolera,kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana busung perut.
Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang palig masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu." Kalangan syuhadah ada tujuh ; Mati terbunuh di jalan Allah,kerana penyakit kolera adalah syahid,kerana busung lapar adalah syahid,kerana penyakit perut keracunan adalah syahid,kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan ( bangunan atau tanah runtuh) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid, "(Hadis riwayat Imam Malik,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majahdan Ahmad).
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBG).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:" mati dijalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid,mati kerana terbakar adalah syahid,mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani).
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hatranya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad.
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama ( keyakinan nya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) dijalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dan seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.


Semoga Kematian Kita Dalam Husnul Khatimah....


0 comments:

 

Template by Maya