tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Isnin, 22 Jun 2009

Peringatan Waktu Malam


عن جابرِ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيلُ أو قال جُنْحُ الليلِ فَكُفُّوا صِبيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّياَطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ العِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذكُرِ اسْمَ اللهِ وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللهِ وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللهِ وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ واذكُرِ اسْمَ اللهِ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيهِ شَيْئاً

( رواه البخاري ومسلم والترمذي وأبو داود وابن ماجه

Daripada Jabir r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Apabila hari menjelang malam, ketika terbenamnya matahari, hendaklah kamu mencegah anak2 mu keluar rumah kerana pada saat itu syaitan bertebaran di atas muka bumi. Apabila sesaat melewati waktu Isya' hendaklah kamu sembunyikan ( tidurkan ) anak2mu dan tutuplah pintu rumahmu sebutlah nama Allah, matikanlah lampu rumahmu dan sebutlah nama Allah, ikatlah tempat minummu dan sebutlah nama Allah, tutuplah wadahmu dan sebutlah nama Allah padanya meskipun dengan meletakkan sesuatu memanjang ke atasnya."

Rasulullah SAW menyuruh supaya ibu bapa melarang anak-anak keluar berkeliaran atau bermain apabila menjelang waktu malam, bermula tenggelamnya matahari kerana pada waktu itu syaitan dan jin berkeliaran dan bertebaran di muka bumi dan dikhuatiri mereka akan menganggu kanak-kanak atau menganggu mereka ketika anak-anak berada di tempat yang sunyi.

Ini kerana syaitan berada di alam yang berbeza dari manusia, mereka boleh melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka.. perkara ini telah difirmankan Allah dalam Surah Al Araf ayat 27 yang berbunyi, maksudnya;

"Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

Syaitan akan sering mengganggu manusia, syaitan adalah makhluk yang jahat dan dilaknat oleh Allah SWT, dia akan berusaha merosakan anak adam sama ada kecil mahupun besar, lelaki mahupun perempuan, jika kita tidak berhati-hati dalam setiap langkah kita di atas muka bumi ini maka kita akan tersesat dengan bujuk rayu syaitan durjana ini, dia akan menganggu kita setiap masa setiap saat mahu pun setiap waktu, terlebih-lebih lagi dia akan menganggu kanak-kanak yang suka bermain di luar rumah pada waktu malam.

Disamping gangguan syaitan, ditakuti juga anak-anak kita akan bergaul dengan kawan kawan yang jahat yang suka berpeleseran pada waktu malam. Atau ditakuti juga diganggu binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain binatang yang berbisa dan benda-benda yang merbahaya. Yang layak bagi mereka ialah duduk di dalam rumah bersama ibu bapa atau penjaganya. Seharusnya bagi ibu bapa memastikan anak-anak sentiasa dipantau agar anak-anak tidak sewenang-wenangnya keluar bebas tanpa hala tuju.

Selain dari itu baginda Rasulullah SAW juga mengingatkan kepada kita bahawa , pintu rumah juga hendaklah dikunci, agar tidak ada perkara-perkara buruk yang dapat memasuki rumah kita, seperti binatang buas atau pun penjahat yang menceroboh ke dalam rumah dengan meyamun, merampas harta benda kita, begitu juga bagi mengelakan kejadian mencabul kehoramatan kaum wanita.. Nauzubillah, dan lain-lain kejahatan lagi. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini penjenayah begitu berani melakukan jenayah yang ganas dan kejam. Atau apa jua pintu yang kita fikirkan perlu untuk dikunci sama ada pintu kereta ke atau pintu pejabat ke atau sebagainya.

Ketika menutup pintu juga kita diperintah oleh Rasulullah SAW supaya menyebut nama Allah agar kita berserah kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya, kerana Allah sahaja yang dapat menjaga kita dari segala kejahatan.

Begitu juga lampu hendaklah dipadamkan ketika sedang tidur agar tidak berlaku kebakaran, terutama ketika kita menggunakan pelita, contohnya pada masa ketiadaan elektrik, berkemungkinan ada angin atau binatang yang akan melanggar pelita tersebut dan menyebabkan kebakaran, tetapi sekiranya kita menggunakan lampu yang ada dirumah-rumah kita pada hari ini yang selamat dari kebakaran, harus dipasangnya mengikut keperluan penting sahaja, agar mengelak dari sesuatu yang tidak dijangka

Rasulullah juga meyuruh kita menutup bekas atau bejana yang disimpan di dalamnya air atau makanan, untuk menjauhkan bekas itu dari kuman-kuman yang bertebaran, dan memelihara dari pasir atau debu atau habuk, atau dari binatang-binatang dan serangga yang berkeliaran yang akan mencemari isi dalam bekas tersebut.


KESIMPULAN

1. Syaitan dan jin yang jahat banyak berkeliaran pada waktu malam untuk menganggu orang yang keluar pada waktu malam.

2. Ibu bapa hendaklah menjaga dan mengawal dan mencegah anak-anak mereka keluar rumah pada waktu malam untuk menghindarkan daripada bahaya dan kejahatan yang mungkin menimpa.

3. Segala pekerjaan yang dilakukan perlu mengambil kira langkah-langkah keselamatan dan penjagaan, usha dan ikhtiar tersebut perlu diiringi dengan tawakal kepada Allah.

4. Menjaga kebersihan dan menutup bekas-bekas air dan makanan agar tidak dicemari.

0 comments:

 

Template by Maya