tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Jumaat, 6 Februari 2009

Gerbang ke Syurga;

Aisyah binti Abu Bakar as Siddik dan Hafsah bin Umar al-Khattab, dua wanita yang amat dikasihi oleh Rasulullah, kerana kedua-duanya wanita sahabat yang turut melibatkan diri secara aktif dalam menyampaikan dakwah Islamiyah.

Rasulullah saw menikahi Aisyah atas perintah daripada Allah swt. Jibril as sendirilah yang datang menemui baginda untuk membawa perintah dari langit dengan suatu bentuk pelambang sehelai kain sutera yang amat indah. Oleh itu tidak hairan kalau baginda amat mengasihi Aisyah ra

Sementara Hafsah, Rasulullah saw menikahinya setelah menjadi janda, untuk mengubati kedukaan Umar al-Khattab dan setelah ditolak leh Abu Bakar as-Siddik dan Usman bin Affan. Keputusan baginda untuk berkahwin dengan Hafsah ini adalah untuk melenyapkan kesedihan sahabatnya Umar bin al-Khattab dan puterinya itu, supaya usaha-usaha mempergiatkan dakwah lebih licin dan berkesan.

Kedua-dua puteri sahabat dekat Rasulullah ini, yang dinikahi baginda berdasarkan sebab-sebab tertentu, merupakan teladan dalam bidang kesucian serta pengalaman agama - semoga Allah meredhai mereka - tetapi sebagai manusia yang mempunyai kelemahan-kelemahan, mereka pun tidak luput daripada ketidak sempurnaan. Mereka juga pernah terdorong melakukan perkara yang tidak dikehendaki syara'. Dan hal ini tidak perlu menjadi punca kekeliruan bagi kaum wanita.

Kekeliruan yang pernah mereka perbuat tidaklah seharusnya dijadikan ikutan, tetapi lebih merupakan tamsilan bahawa orang-orang yang kuat imannya pun adakalanya terdorong melakukan perkara yang dilarang. Dan ini bukanlah cara yang menghantar ke syurga.

Jalan menuju syurga itu ialah pegangan yang kukuh pada nilai-nilai kebenaran yang ditetapkan oleh Islam. Kebenaran inilah yang mendominasi keseluruhan hidupnya tidak kira dalam keadaan bagaimana dan waktu bila pun. Ini bererti mesti mempunyai sikap yang jelas dan tegas menolak segala perangkap hawa nafsu dan tipu muslihat syaitan, samada dalam bentuk yang menggiurkan ataupun yang menakutkan.

Sesungguhnya Asiyah binti Muzahim, isteri Fira'un merupakan perumpamaan yang paling menonjol dalam sejarah umat manusia. Barangkali kerana Asiyah hidup di tengah-tengah suasana yang penuh dengan kepalsuan, kepura-puraan, kesesatan dan kemewahan yang tidak ada bandingannya.

Kalau Asiyah mahu, dia dapat menggunakan kuasa yang mampu meranapkan segala penghalang kepada nafsu jahatnya. Betapa besarnya kekuasaan yang dimilikinya hingga kita tidak pernah melihatnya dengan mata kita sendiri dan tidak pernah mendengarnya dengan telinga, seakan-akan cerita khayalan yang dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur.

Asiyah menjadi perumpamaan yang paling menonjol dan istimewa, kerana semua yang ada di sekelilingnya tidak sedikit pun dapat mempengaruhi jiwanya, tidak secuit pun mengurangi nilai keimanan serta keyakinannya. Asiyah mempunyai pendirian yang teguh di depan segala pengaruh luar dan pengaruh dari dalam dirinya, dia tidak pernah menyerah kalah terhadap semua itu. Bahkan, Asiyah menafikan setiap pengaruh yang negatif itu, lantas ia munajat kepada Allah sambil memohon:

Wahai Tuhanku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga.


"Semakin hampir seseorang itu kepada Allah maka semakin damai pula hati dan jiwanya"

2 comments:

Tirana berkata...

Salam imanmom...

terimakasih kerana sudi menjenguk blog saya dan terimakasih juga kerana jadi follower blog saya..saya amat menghargainya.. Salam kenal

imanmom berkata...

Salam Tirana,it's ok with me,nak cari ramai kawan...saya masih baru disini..terlebih terkurang maafkan,muga lebih meriah perkenalan ini...

 

Template by Maya