tOLOng KLIK ya!!!

Followers

TINGGALKAN LINK YA!!!

KLIK KLIK YA

Rabu, 7 Januari 2009

10 sebab doa tak makbul.....

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli sufi yang masyhur) berada ditengah pasar Basrah,
beliau dikerumuni orang ramai. Diantara mereka ada yang bertanya sebab doa mereka tidak
dikabulkan Allah pada hal mereka selalau berdoa kepada-Nya.
Lalu beliau menjawab;"Ia disebabkan hati kamu buta kerana 10 perkara,iaitu

1.Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2.Kamu sangka kamu cinta kepa Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3.Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5.Kamu berkata syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu berkata Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.Kamu berkata Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9.Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa
keaiban kamu sendiri.
10.Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada
mereka.

0 comments:

 

Template by Maya